Penjagaan Benih

5.1.8 Melakukan penjagaan semaian iaitu menyiram, merumput dan mengawal perosak 


Proses penjagaan biji benih amat penting demi untuk memastikan biji benih yang ditanam memperolehi keperluan asas yang mencukupi. penjagaan yang dilakukan juga membantu biji benih melalui proses tumbesaran yang sihat dan lancar tanpa menghadapi sebarang masalah. Oleh itu, berikut merupakan beberapa langkah untuk melakukan penjagaan terhadap biji benih berserta justifikasinya :

1. Menyiram


Aktiviti penyiraman amat penting terhadap biji benih kerana biji benih amat memerlukan air yang mencukupi untuk proses tumbesaranyan. Biji benih yang kekurangan air akan mengganggu proses tumbesarannya seterusnya berisiko untuk mati.

2. Merumput 


Aktiviti merumput juga penting dalam melakukan penjagaan terhadap semaian. Aktiviti ini adalah untuk memastikan biji benih tidak bersaing bersama tumbuhan penumpang lain untuk mendapatkan keperluan asas yang sama seperti air dan nutrien daripada tanah. persaingan yang berlaku pasti proses tumbesaran akan terbantut.

3. Mengawal perosak :



Pengawalan perosak juga merupakan langkah penting untuk penajagaan biji benih. Langkah ini dapat mengelakkan daripada biji benih dirosakkan oleh serangga perosak dan kulat. Antara bahan yang boleh digunakan untuk  mengawal perosak ialah racun serangga organik.



  

No comments:

Post a Comment